Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Perak yang berlangsung di Lumut Waterfront secara rasminya melabuhkan tirai dengan penuh warna-warni dan kemeriahan!
YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara turut meluangkan masa mengunjungi reruai Kementerian Kewangan (MOF) diiringi oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YM Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, MOF.
Sorakan dan tepukan gemuruh menyambut kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang merasmikan penutupan program mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang inklusif dan progresif.