Hari pertama Program MADANI Rakyat 2025 di reruai Kementerian Kewangan (MOF), Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu berlangsung dengan meriah, diserikan oleh kehadiran ramai pengunjung yang ingin mendapatkan pelbagai perkhidmatan secara terus di kaunter.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia serta semakan laporan kredit CTOS dan CCRIS yang disediakan oleh Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit.
Selain itu, pengunjung juga boleh membuat semakan dan pendaftaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Tidak ketinggalan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut menyediakan kaunter bergerak bagi memberi khidmat nasihat berkaitan simpanan persaraan dan perbankan.