Rangkuman sepanjang kemeriahan Program MADANI Rakyat yang berlangsung di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru, Johor.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah merasmikan program tersebut dan berkesempatan melawat reruai-reruai yang terdiri daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat.
Turut hadir bersama adalah YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan.