Sekitar kemeriahan reruai Kementerian Kewangan (MOF) pada hari pertama Program MADANI Rakyat 2024, Zon Selatan.
MOF menyediakan perkhidmatan bersama-sama Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Bank Negara Malaysia, Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Suruhanjaya Sekuriti Kaunter Belanjawan 2025, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Bank Simpanan Nasional.
Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan semakan Wang Yang Tak Dituntut, khidmat nasihat konsultasi kewangan, semakan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah dan lain-lain lagi. Selain itu, pengunjung berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik cabutan bertuah yang disediakan.