Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Mobile Community Service di Padang Kampung Meligan, Sipitang, Sabah

Program Mobile Community Service di Padang Kampung Meligan, Sipitang, Sabah

Pelbagai hadiah menarik bagi para pengunjung pada program Mobile Community Service (MCS) pada 23 Julai 2022 di Padang Kampung Meligan, Sipitang, Sabah.

Antara hadiah menarik ialah basikal, mesin basuh, periuk nasi dan set televisyen di mana hadiah-hadiah tersebut telah disumbangkan oleh YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II dan Parlimen P.178 Sipitang.

Majlis simbolik penyerahan sumbangan diwakili oleh Tuan Ramli Ag Said, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang kepada Timbalan Pengarah Perbendaharaan Malaysia Sabah di Rest House, Sipitang.

Beliau berharap semoga dengan sumbangan sebegini dapat membantu serba sedikit kelancaran program yang berlangsung pada 23 Julai 2022 dan dapat memberikan impak yang positif kepada penduduk setempat.

Arkib Foto

Logo Accessibility