Program Kementerian Kewangan (MOF) bersama Pelanggan di Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2022 telah berlangsung pada 24 Jun 2022 pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam sehingga 25 Jun 2022 bertempat di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail, Paya Besar, Pahang Darul Makmur.
YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah , Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang bagi meninjau booth pameran dan beramah mesra bersama para pengunjung, pempamer-pempaper serta para media.
Terdapat pelbagai aktiviti dan kaunter perkhidmatan Kerajaan yang disediakan. Antaranya Sesi Bersama Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengenai Pengurusan Kewangan, Skim Perlindungan Tenang dan Program Pengakuan Sukarela dan Pengampunan (Cukai Tak Langsung)
Mereka yang hadir juga boleh membuat pendaftaran akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membuat penyemakan kelulusan bantuan Kerajaan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan penyemakan wang yang tidak dituntut dengan Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan membuka akaun dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta boleh mendapatkan laporan kredit peribadi terbaru.
Dalam pada itu, aktiviti lain juga adalah aktiviti menyaksikan proses pencerapan matahari dengan Planetarium Negara, teknologi Mesin Flexsilk untuk menghasilkan baju, pemasangan sendiri kereta solar, Walkabout Robot Kancil Techlympics dan membuat bucky ball nano.
Turut terdapat kaunter untuk melaksanakan diskaun saman oleh Majlis Bandaraya Kuantan dan pembayaran cukai tanah.
Perkhidmatan nasihat dari segi pengurusan kewangan, pembinaan kerjaya bagi golongan belia, maklumat program keusahawanan, percukaian dan cabutan bertuah turut diadakan dalam program tersebut.