YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan berbesar hati kerana dapat bersua muka dengan wakil-wakil dari Badan-badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta entiti berkaitan Kerajaan di Program Pengukuhan Prinsip Tadbir Urus Baik Bagi Entiti Berkaitan Kerajaan yang berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.

#TeamMOF mengalu-alukan program sebegini kerana ia memberi kita peluang untuk bersama-sama menelusuri dasar dan visi yang diperkenalkan oleh pihak MOF serta usaha penerapan yang dihasratkan di peringkat Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Bagi yang mengikuti perkembangan #MOF, semestinya akan ingat tentang dokumen Principles on Good Governance atau PGG yang dilancarkan pada bulan April lalu. Antara perkara yang dititikberatkan dalam dokumen tersebut termasuk penekanan terhadap integriti lembaga pengarah dan isu-isu yang berkaitan dengan elemen kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Beliau percaya rangka kerja PGG turut relevan untuk diterapkan dalam kalangan institusi pada program tersebut. Beliau juga berharap agar kita bersama-sama mengguna pakai standard tersebut dalam memangkin usaha memperbaik amalan tadbir urus syarikat, demi membina daya tahan dan mempersiapkan kita untuk mendepani cabaran masa hadapan.
