YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan telah turun padang ke lokasi Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi penerima tiada akaun bank Pedalaman Sabah di Beluran.
Program ini juga menyaksikan Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibawakan khas di bawah inisiatif Jualan Rahmah bagi membolehkan penerima berbelanja membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad di bawah Program SARA. Turut disediakan Cawangan Bank Bergerak Bank Simpanan Nasional yang menyediakan kemudahan asas perbankan dan memudahkan proses pembukaan akaun bank bagi penerima STR yang tiada akaun bank.
Ungkapan ikhlas daripada para penerima STR dalam kalangan suku kaum Sungai: "Tekeh kiawih musukur om muterima kasih se kerajaan kesion noh tuh esuang keworongan STR seh tekeh," yang membawa maksud "kami sangat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana telah memberikan bantuan STR kepada kami."