Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Penunaian STR di Jerantut, Pahang

Program Penunaian STR di Jerantut, Pahang

Daerah Jerantut, Pahang menjadi lokasi ketiga bagi Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi masyarakat Orang Asli yang tiada akaun bank dan diadakan pada 5 dan 6 Julai 2025.

Seramai 117 penerima STR kategori pedalaman tanpa akaun bank dari kalangan masyarakat Orang Asli dari Suku Bateq dan Suku Semoq Beri dari sekitar kawasan Kuala Tahan, Sungai Yong, Sungai Tiang, Sungai Tekal, Sungai Retang, Sungai Mai, Sungai Kucing, Sungai Kol, Sungai Kiol dan Sungai Keniam telah hadir ke Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah bagi membuat penunaian bantuan STR dengan jumlah penunaian pada hari pertama yang direkodkan sebanyak RM75,750.00.

Kerajaan terus komited dalam menyalurkan bantuan STR kepada penerima di kawasan pedalaman yang sukar diakses walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menikmati bantuan yang disediakan.

Selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI, Kerajaan memastikan bantuan STR disampaikan secara menyeluruh termasuk kepada golongan yang layak di kawasan pedalaman, demi menjamin kesejahteraan hidup yang inklusif dan seimbang.

Arkib Foto

Logo Accessibility