Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Penunaian STR di Lundu, Sarawak

Program Penunaian STR di Lundu, Sarawak

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah turun padang meninjau pelaksanaan Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Lundu, Sarawak.

Perkhidmatan Komuniti Bergerak Mini atau Mini Mobile Community Services (Mini-MCS) merupakan pendekatan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan bagi memudahkan penunaian STR di kawasan pedalaman yang dikenal pasti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menurut YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah, pendekatan ini menggalakkan lebih banyak agensi kerajaan untuk turun padang bagi memastikan bantuan yang disediakan benar-benar sampai kepada golongan sasar, khususnya mereka yang berdepan kekangan akses kepada perkhidmatan kerajaan dan institusi kewangan.

Program yang turut disertai dengan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi pembelian barangan keperluan asas ini melibatkan lebih 250 penerima STR.

 

Arkib Foto