Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Penunaian STR Kepada Masyarakat Orang Asli Tahun 2025 Di Daerah Gua Musang, Kelantan

Program Penunaian STR Kepada Masyarakat Orang Asli Tahun 2025 Di Daerah Gua Musang, Kelantan

Keterangkuman kewangan merupakan asas utama dalam Kerangka Ekonomi MADANI. Lantaran itu, jelajah Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada Masyarakat Orang Asli tahun 2025 telah dimulakan dengan lokasi pertama di Daerah Gua Musang, Kelantan.

Seramai 541 orang penerima STR Orang Asli dari kawasan Kuala Betis, Pos Hau, Pos Brooke, Pos Hendrop, Pos Blau dan Pos Lebir telah menerima bantuan STR bertempat di Dewan Bonda Yah, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan dengan jumlah penunaian sebanyak RM156,600.

Program Penunaian STR ini merupakan kali kedua diadakan bagi kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia selepas penganjuran julung kali diadakan pada tahun 2024 hasil usaha sama Kementerian Kewangan, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Program ini bertujuan menyampaikan bantuan STR secara terus kepada masyarakat Orang Asli di daerah Gua Musang dan Jajahan Kecil Lojing.

Arkib Foto

Logo Accessibility