Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Penunaian STR Masyarakat Orang Asli, Daerah Muadzam Shah, Pahang

Program Penunaian STR Masyarakat Orang Asli, Daerah Muadzam Shah, Pahang

Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kepada masyarakat Orang Asli diteruskan lagi di negeri Pahang dan kali ini di Daerah Rompin.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang berkolabrasi dengan Kementerian Kewangan (MOF), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan di Dewan Besar DARA Muadzam Shah, Rompin, seawal 8:00 pagi. 

Seramai hampir 400 orang penerima STR daripada masyarakat Orang Asli telah hadir untuk membuat penunaian STR.  Program turun padang ini adalah antara usaha Kerajaan bagi menyantuni masyarakat pedalaman Semenanjung Malaysia menerima bantuan tunai bagi mengelakkan keciciran penerima bantuan. 

Masyarakat Orang Asli yang hadir membuat penunaian STR adalah dari sekitar Bukit Ibam, Bukit Serok, Kedaik Asal dan Kemomoi.

Arkib Foto

Logo Accessibility