Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 bagi penerima kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank diteruskan di lokasi pertama Laman Pakan dengan jumlah penerima seramai 674 orang.
Program ini diselaraskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama Perbendaharaan Malaysia Sarawak, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Lokasi kedua Penunaian STR dan SARA kemudian diteruskan di Dewan Masyarakat Julau dengan jumlah penerima seramai 483 orang.
Turut hadir dalam program ini adalah YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) MOF dan Tuan Minggu Anak Jampong, Pegawai Daerah Julau.
Daerah terakhir untuk Negeri Sarawak tahun 2024 akan diadakan di Daerah Serian/Tebedu Sarawak pada 22 hingga 24 November 2024 manakala di Daerah Semporna Sabah pada 6 hingga 8 Disember 2024.