Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Perak dan agenda Malaysia MADANI di bawah rukun Ihsan, satu program penyerahan sumbangan bantuan dilaksanakan.

Sumbangan berbentuk bakul makanan, katil mudah laras, kerusi roda, bantuan alatan perniagaan dan wang tunai disampaikan oleh YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II kepada ketua-ketua isi rumah (KIR) terpilih.

Meninjau kehidupan tiga buah keluarga KIR tersebut iaitu Puan Ram Hasnah Hassan, Puan Azizah Sudin dan Puan Sobihah Mohd Nasir masing-masing berstatus miskin tegar dan sempat menzahirkan rasa syukur atas bantuan yang disalurkan.

Sumbangan ini ditaja oleh PBLT Sdn Bhd iaitu Syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan mendapat perhatian dan penyelarasan lanjut bantuan bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak Baitulmal.
