Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Ramah Mesra Deepavali

Program Ramah Mesra Deepavali

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Program Ramah Mesra Deepavali yang berlangsung di Brickfields, Kuala Lumpur.

Pada majlis berkenaan, beliau mengumumkan penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah RM1.1 bilion kepada lebih lima juta penerima, termasuk 630,000 penerima daripada komuniti India.

Kerajaan turut memperkukuh sokongan kepada komuniti India melalui peruntukan RM150 juta kepada MITRA, pembiayaan RM150 juta untuk usahawan India melalui TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia serta tambahan RM50 juta bagi penyelenggaraan dan pembaikan SJKT.

MoF turut menyediakan kaunter semakan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu para pengunjung menyemak maklumat berkaitan bantuan.

Turut hadir YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia; YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital; YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); YB Dato’ Seri Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi; serta YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Arkib Foto