Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Retreat Agensi Pembekal Data STR Tahun 2025

Program Retreat Agensi Pembekal Data STR Tahun 2025

Program Retreat Agensi Pembekal Data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2025 telah dirasmikan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan. Hadir bersama adalah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Sebanyak 34 Agensi Kerajaan yang membekalkan data bagi pelaksanaan Bantuan Tunai Kerajaan di bawah seliaan Kementerian Kewangan antaranya STR, Sumbangan Asas Rahmah dan BUDI MADANI telah dihimpunkan dalam satu platform dalam memperhebatkan proses perkongsian data dan koordinasi antara agensi. Program ini juga menyediakan ruang kepada semua pihak berkepentingan untuk berkongsi pandangan dan cadangan bagi penambahbaikan program secara menyeluruh. 

Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan data serta memperkasa kualiti penyampaian bantuan yang lebih inklusif dan berimpak tinggi selain meneroka pendekatan baharu ke arah integrasi sistem yang lebih cekap dan efisien.

Arkib Foto

Logo Accessibility