Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Rintis Penunaian STR Di Kuala Woh, Tapah, Perak

Program Rintis Penunaian STR Di Kuala Woh, Tapah, Perak

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah hadir memantau pelaksanaan program rintis penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Dewan Jelutong, Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak yang melibatkan seramai 409 penerima masyarakat Orang Asli.

Program ini adalah susulan keberkesanan program penunaian STR di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sejak tahun 2019 dan kini diperluaskan ke kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia khususnya melibatkan masyarakat Orang Asli.

Peruntukan sebanyak RM10 bilion telah disediakan pada tahun 2024 untuk lebih 8 juta penerima STR. Berdasarkan pangkalan data STR, terdapat 82,000 masyarakat Orang Asli yang berdaftar dan layak mendapat STR berjumlah RM82.4 juta.

Arkib Foto

Logo Accessibility