Program Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Kementerian Kewangan

Program Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Kementerian Kewangan

Program Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Kementerian Kewangan telah diadakan pada 9 Oktober 2021 (Sabtu) bertempat di Institut Penilaian Negara (INSPEN) yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

Objektif Hari Sukan Negara 2021 yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk membudayakan masyarakat Malaysia yang sentiasa cergas dan sihat dengan menjadikan aktiviti senaman sebagai rutin riadah harian walaupun Negara masih berdepan pandemik COVID-19 yang telah disokong sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Perbendaharaan Malaysia merentasi sempadan agama dan kaum seiring dengan semangat #TeamMOF serta #KeluargaMalaysia.

Kementerian Kewangan melalui program ini telah menganjurkan aktiviti pertandingan secara fizikal seperti acara badminton dan bola sepak dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang sedang berkuatkuasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3.