Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program SARA MOF Bersama Penerima SARA Di Mydin Georgetown, Pulau Pinang

Program SARA MOF Bersama Penerima SARA Di Mydin Georgetown, Pulau Pinang

Seramai 100 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah hadir ke Program SARA Kementerian Kewangan (MOF) bersama penerima SARA di Mydin Georgetown, Pulau Pinang yang turut disertai YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan.

Program ini merupakan sebahagian usaha MOF untuk turun bersama-sama dan menyantuni penerima SARA dalam sesi interaksi secara langsung di sekitar Georgetown. Berdasarkan rekod semasa, terdapat sekitar 293 ribu penerima SARA di seluruh Pulau Pinang. Dari segi prestasi pelaksanaan SARA sehingga 19 Jun 2025, peratus tertinggi penerima yang telah membuat pembelian SARA melalui MyKad adalah di Perlis dan Kedah dengan 94%, diikuti Sabah dan Kelantan (93%), manakala Pulau Pinang pula mencatat 89%.

Sehingga bulan Jun 2025, lebih 4.8 juta penerima SARA telah mula menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas daripada kedai yang berdaftar dengan SARA. Ini merupakan satu pencapaian yang menggalakkan apabila 90% daripada jumlah 5.4 juta penerima SARA mula untuk berbelanja menggunakan MyKad untuk bulan ketiga pengkreditan SARA. Penerima SARA telah ditingkatkan daripada 700,000 kepada 5.4 juta mulai bulan April 2025.

Arkib Foto

Logo Accessibility