Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Program Sumbangan Asas Rahmah Di Tapah, Perak

Program Sumbangan Asas Rahmah Di Tapah, Perak

YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II meninjau pelaksanaan program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sebuah pasaraya di Tapah yang melibatkan hampir 50 penerima SARA.

Pelaksanaan program SARA secara keseluruhan untuk tahun 2024 melibatkan 700,000 penerima daripada golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan sebanyak RM700 juta.

Program SARA telah ditambah baik untuk tahun 2024 dengan meningkat kadar bantuan, bilangan penerima serta memperluaskan barangan asas yang boleh dibeli untuk meliputi ubat, barangan kebersihan diri dan peralatan sekolah.

Arkib Foto

Logo Accessibility