Program Sunathon Kementerian Kewangan (MOF) Tahun 2023 anjuran Biro Agama Kelab Perbendaharaan Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.
Seramai 60 orang anak-anak Warga Kelab Perbendaharaan berumur 6 hingga 13 tahun telah diarak dengan alunan selawat beramai-ramai, dimeriahkan dengan pancuran air oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta acara memotong pulut kuning.