YBrs. Puan Anis Rizana Mohd Zainudin,Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) telah merasmikan pembukaan Retreat Belanjawan 2022, Kementerian Kewangan yang berlangsung mulai 8 hingga 11 April 2021 bertempat di The Westin Desaru Coast Hotel, Johor Bahru.
Retreat yang dihadiri oleh pengurusan atasan dan pegawai dari pelbagai bahagian di Kementerian Kewangan tersebut akan membincangkan dan mengenalpasti initiatif dan tema bagi Belanjawan 2022.