Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sambutan Bulan Integriti Kementerian Kewangan 2024

Sambutan Bulan Integriti Kementerian Kewangan 2024

“Integriti Pemacu Negara MADANI” menjadi tema kepada Sambutan Bulan Integriti Kementerian Kewangan (SBI MOF) Tahun 2024 yang diadakan di Dewan Auditorium MOF di Putrajaya.

Tema ini membawa maksud pengukuhan amalan integriti dan tatakelola yang baik dalam perkhidmatan awam agar mampu memacu Negara MADANI ke tahap yang lebih tinggi dalam setiap aspek seperti pembangunan ekonomi, sosial dan sebagainya.

Pengisian SBI MOF telah berlangsung sepanjang bulan Oktober sehingga awal bulan November 2024 dengan pelbagai program termasuk Pertandingan Integriti TikTok Challenge, Pertandingan Teka Silang Kata Integriti, Program Bicara Integriti dan Ceramah Integriti yang menampilkan personaliti terkenal seperti Al-Fadhil Ustaz Mohd Elyas Ismail, Dai Aiman Sufyan Aezman, YBhg. Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzwan serta Penganalisis Jenayah Encik Kamal Affandi Hashim.

Majlis penutupan SBI MOF telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 7 November 2024 yang turut dihadiri seramai 300 orang warga Perbendaharaan dan warga jabatan/agensi di bawah MOF seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah hadir termasuk kehadiran secara dalam talian.

Arkib Foto

Logo Accessibility