Lebih 700 warga Kementerian Kewangan (MoF) berganding bahu dalam usaha memelihara alam sekitar sempena sambutan Hari Cuci Malaysia yang berlangsung dengan penuh semangat dan kesedaran sivik pada hari ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MoF dalam menyokong agenda kelestarian negara serta memupuk budaya kerja yang bersih, ceria dan harmoni.
#HariCuciMalaysia #MoFPrihatin