Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sambutan Hari Inovasi & Integriti HASiL 2026

Sambutan Hari Inovasi & Integriti HASiL 2026

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, hadir menyampaikan anugerah sempena Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2026 di Menara HASiL, Cyberjaya.

Majlis turut dihadiri YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan); dan YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah HASiL.

Teks ucapan YAB Perdana Menteri dibacakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II. Dalam ucapan tersebut, beliau menegaskan bahawa teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan e-Invois dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran percukaian, namun penggunaannya perlu dipandu oleh integriti, ihsan dan pertimbangan manusia.

Sehingga 2 November 2026, sebanyak 2.14 bilion e-Invois telah dikemukakan oleh kira-kira 269,900 pembayar cukai. Penggunaan data e-Invois turut mendorong lebih 97,000 pembayar cukai mengemukakan borang nyata bagi tahun-tahun terdahulu secara sukarela, dengan cukai kena dibayar berjumlah RM1.68 bilion.

e-Invois bukan bertujuan mengenakan cukai baharu atau menambah beban rakyat. Inisiatif ini membantu memperkukuh ketelusan, mengesan ketidakpatuhan dan memastikan tanggungjawab percukaian dilaksanakan dengan adil.

 

Arkib Foto