YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2021 peringkat Kementerian, bersama YB Tuan Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I, dan YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II.

Bercakap tentang kemerdekaan, beliau pasti apa yang rakyat impikan adalah kemerdekaan daripada wabak COVID-19. Dalam kita menghadapi cabaran pandemik COVID-19, semua rakyat sebagai #KeluargaMalaysia mestilah bersatu tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama dalam membantu mereka yang amat memerlukan, dengan semangat #MalaysiaPrihatin.

Bak kata pepatah, bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Beliau berharap dan berdoa agar kemakmuran dan keharmonian yang kita telah kecapi dapat dikekalkan.

Turut hadir YBhg. Dato' Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan Malaysia.