YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama Keluarga Malaysia untuk meraikan Sambutan Hari Malaysia 2022 di Banda Hilir, Melaka.
Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka Bandaraya Bersejarah sememangnya meriah dengan kehadiran kira-kira seramai 20,000 #KeluargaMalaysia daripada pelbagai kaum, agama dan usia. Semuanya datang dengan bersemangat untuk memperingati detik bersejarah penubuhan Malaysia.
Selain daripada laungan “Merdeka, Merdeka”, sambutan turut disajikan dengan pelbagai segmen perarakan dan persembahan. Antara yang menarik perhatian beliau adalah lakonan semula perjuangan tokoh-tokoh negara dalam memperoleh kemerdekaan.
Beliau berharap semangat patriotisme dan keharmonian yang dicerminkan oleh #KeluargaMalaysia akan dapat kita pelihara sehingga ke masa akan datang, agar generasi hadapan juga dapat menghayati pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh negara memperoleh kemerdekaan.