Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Beramah Mesra Bersama Guru Tari Di Astro

Sesi Beramah Mesra Bersama Guru Tari Di Astro

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan meluangkan masa bersama Encik Alam Wakaka, seorang penari dan guru tari, selepas beliau selesai menghadiri sesi temubual di Astro Awani.

Encik Alam merupakan pemenang bagi program realiti TV tarian, So You Think You Can Dance pada 2007 di mana beliau menang bersama Dennis Yin selaku juara musim pertama. Beliau juga adalah pengasas anggota kumpulan penari Wakaka Crew yang memulakan karier tarian dengan program realiti TV pencarian bakat tarian, Showdown di saluran 8tv pada 2010.

Bagi beliau, Encik Alam telah banyak membantu anak-anak muda, khususnya mereka yang berminat dalam bidang tarian. Encik Alam telah mengembangkan kemahiran mereka dan melibatkan mereka di dalam pasukan dan sekaligus membantu serta memberikan hasil pendapatan. Beliau amat kagum dan Encik Alam juga mempunyai studio bagi mereka yang ingin menceburi seni tarian.

Beliau amat berbangga dan berterima kasih kepada Encik Alam kerana membantu golongan belia dan berharap agar Encik Alam meneruskan usaha murni sebegini demi kesejahteraan kita bersama.

Arkib Foto

Logo Accessibility