Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Beramah Mesra dan Pemantauan Penyampaian BKC

Sesi Beramah Mesra dan Pemantauan Penyampaian BKC

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) Triang, Bera, Pahang bagi menghadiri sesi beramah mesra dan pemantauan penyampaian Bantuan Khas COVID-19 (BKC) secara maya bersama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan.

 

Sepanjang sesi berlangsung, semuanya berjalan lancar dan orang ramai sudah mula beratur sejak bank dibuka pada jam 9 pagi. Mereka antara yang tidak mempunyai akaun bank dan menerima bayaran tunai BKC di Cawangan BSN. Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, bantuan telah mula dikreditkan ke akaun masing-masing sejak 3 September lalu.

Beliau juga berkesempatan beramah mesra dan berbual-bual dengan penerima-penerima BKC di BSN dan beliau berharap bantuan sebegini dapat meringankan beban bagi mereka yang terkesan akibat COVID-19.

 

Fasa 1 BKC yang memanfaatkan 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 4.5 juta individu bujang akan dibayar secara berperingkat mulai 6 September 2021 bagi penerima B40 dan 9 September 2021 bagi penerima M40 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM3.1 bilion.

Arkib Foto

Logo Accessibility