Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Berbuka Puasa bersama #KeluargaMalaysia di Kedutaan Besar Malaysia, Washington D.C.

Sesi Berbuka Puasa bersama #KeluargaMalaysia di Kedutaan Besar Malaysia, Washington D.C.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berbuka puasa bersama #KeluargaMalaysia di Kedutaan Besar Malaysia, Washington D.C. sambil mengagihkan bubur lambuk kepada mereka.

 

Suka beliau melihat mereka sentiasa mengamalkan tradisi-tradisi Malaysia terutamanya di bulan Ramadan. Beliau difahamkan, setiap tahun pihak Kedutaan bersama Badan Kebajikan Islam Washington D.C. yang dikendalikan oleh #KeluargaMalaysia mengadakan agihan bubur lambuk, bazar Ramadan, majlis khatam Al-Quran dan sebagainya untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan.

 

Selain itu, beliau juga berkesempatan bersembang dan mendengar cerita mereka yang telah lama menetap di sini, seperti Puan Diyana yang sudah lebih 35 tahun di sini dan bekerja sebagai staf sokongan di Kedutaan manakala Puan Latifah yang menetap di sini sejak tahun 1999 dan ramai lagi.

 

Beliau berharap, dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi perjalanan antarabangsa, mereka dapat pulang dengan lebih kerap untuk bersama keluarga.

Arkib Foto

Logo Accessibility