YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah mempengerusikan sesi dialog Belanjawan 2021 (Ekonomi Digital) secara maya.
Dalam perbincangan berkenaan, beliau telah menekankan keperluan untuk memastikan capaian internet perlu meliputi bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar, kampung dan juga pedalaman.

