YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah mempengerusikan Sesi Dialog Belanjawan 2021: Keselamatan Sempadan bersama agensi kerajaan dan pemain industri di Perlis.
Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan keselamatan sempadan, pagar sempadan, kemudahan kargo sempadan, penjaja kecil yang terkesan akibat COVID-19, sistem aliran air, rumah mampu milik, premis mampu milik, dan lain-lain.





