YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah menghadiri Sesi Dialog Belanjawan Pembangunan Infrastuktur Keselamatan Jalan Raya daerah Kuantan.
Pada sesi tersebut, beliau turut berkesempatan menyampaikan penerangan tentang keadaan prestasi semasa ekonomi negara kepada mereka yang hadir.
Beliau juga telah menerima pelbagai input dan pandangan. Beliau mengambil maklum untuk semua cadangan dan pandangan yang diketengahkan pada sesi tersebut.
Beliau akan memastikan segala ruang dan peluang yang ada untuk beliau bertindak bagi menambah baik infrastuktur yang sedia ada demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.