Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Dialog bersama Duta Besar

Sesi Dialog bersama Duta Besar

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Sesi Dialog bersama hampir 60 Duta Besar yang berlangsung di Singapore High Commission, Kuala Lumpur.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada TYT Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia dan seluruh pasukan Suruhanjaya Tinggi Singapura di atas jemputan ke sesi tersebut.

Beliau telah berkesempatan menerangkan mengenai situasi kewangan dan ekonomi semasa serta langkah-langkah proaktif Kerajaan dalam menangani cabaran langsung dan tidak langsung dalam mengukuhkan ekonomi negara. Beliau juga telah menjawab beberapa soalan daripada Duta-Duta Besar termasuklah mengenai ekonomi dan kewangan Malaysia dalam perspektif serantau dan global.

Beliau berharap sesi sebegini dapat menjelaskan semua kemusykilan Duta-Duta Besar yang hadir dan semoga hubungan kita semua terus utuh demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.


Arkib Foto

Logo Accessibility