Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Dialog bersama Komuniti Pelabur Di Abu Dhabi U.A.E

Sesi Dialog bersama Komuniti Pelabur Di Abu Dhabi U.A.E

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berdialog bersama komuniti pelabur dan turut berkongsi aspirasi Malaysia sebagai sebuah hab serantau dalam sektor teknologi dan fintech. Di Emiriah Arab Bersatu (U.A.E), permintaan dalam ekosistem teknologi telah meningkat di kalangan pelabur dan syarikat pemula (startups) antarabangsa dan domestik.

Pandemik COVID-19 telah membuka mata dunia mengenai kepentingan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian. Kementerian Kewangan telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk melonjak Malaysia sebagai hab terkemuka kepada syarikat modal teroka dan syarikat pemula. Antara inisiatif tersebut adalah penubuhan Dana Penjana yang diselia oleh Penjana Kapital di mana Kerajaan akan memberi dana padanan kepada syarikat modal teroka yang melabur di Malaysia.

 

Kerajaan akan terus menyokong sektor sebegini dalam mencapai aspirasi negara sebagai sebuah hab digital yang menempatkan syarikat pemula dari serata dunia dengan pelbagai latar belakang, demi memastikan kemampanan ekonomi negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility