Pilih bahasa anda
Kementerian Kewangan (MoF) telah menganjurkan Sesi Dialog Khas Belanjawan 2027 Bersama Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) di Kompleks MoF, Putrajaya.
Sesi libat urus ini dihadiri oleh 32 orang Ahli Parlimen yang diketuai oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Pengerusi BBC. Turut hadir ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan; barisan pengurusan tertinggi MoF; serta Pasukan Belanjawan 2027.
Sesi dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai kerangka Belanjawan 2027 oleh YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Perbincangan seterusnya memberi tumpuan kepada 10 bidang utama Ekonomi MADANI bagi memastikan manfaat pembangunan negara dapat dirasai secara saksama hingga ke peringkat akar umbi.
Antara perkara utama yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen termasuk:
MoF merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen atas pandangan, cadangan dan input yang dikemukakan. Maklum balas yang diterima menjadi antara input penting dalam usaha merangka Belanjawan 2027 secara menyeluruh dan berpaksikan keperluan rakyat selaras dengan tema menggapai di langit, mengakar di bumi.