YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengikuti sesi ‘Dialog Pasca Belanjawan’ yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur Business Club (KLBC).
Sesi tersebut dihadiri oleh 76 ahli KLBC dan peserta dari golongan pegawai eksekutif, di mana mereka membincangkan topik #Belanjawan2021 seperti pengangguran, shadow economy, kelestarian sosial dan alam sekitar serta rancangan masa hadapan Kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Sesi tersebut juga menandakan penutupan sesi KLBC untuk tahun 2020.