Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Forum Pencarum KWAP

Sesi Forum Pencarum KWAP

Forum Pencarum KWAP 2023 anjuran Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) (Diperbadankan) telah menyeru majikan-majikan yang mencarum berganding bahu untuk membincangkan konsep ‘Merintis Evolusi Corak Kerja' bagi memastikan caruman dapat diuruskan dengan lancar, berkesan dan lestari.

Forum yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I turut memberi peluang kepada para majikan yang mencarum untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan pengetahuan mereka tentang perkembangan semasa dan cabaran kerja masa depan.

Hadir sama dalam forum tersebut ialah Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP dan antara agensi yang mengambil bahagian dalam forum ini ialah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan CyberSecurity Malaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility