Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Jelajah #Bajet2022 di Lipis, Pahang

Sesi Jelajah #Bajet2022 di Lipis, Pahang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi jelajah #Bajet2022 di Lipis, Pahang dan beliau amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama YAB Menteri Besar Pahang Darul Makmur, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan turut ditemani oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB Tuan Mohd Shahar Abdullah serta YB Dato’ Sri Abdul Rahman Haji Mohamad, Timbalan Menteri I, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Beliau turut menerima taklimat berkenaan keperluan rakyat negeri Pahang, antaranya Perumahan Generasi Baharu FELDA di Sungai Koyan dan cadangan pembangunan Kolej Komuniti Jelai.

 

Kolej Komuniti Jelai ini adalah antara projek berimpak tinggi bukan sahaja kerana ia dapat mewujudkan peluang ekonomi di daerah Lipis, tetapi juga kerana ia bertujuan menjadi kolej pendidikan TVET di mana amat perlu untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang berilmu dan berteknologi. Lebih menarik lagi, ia akan menjadi satu-satunya kolej komuniti di Pahang yang menjurus kepada teknologi agro.

YAB Menteri Besar Pahang turut bersetuju untuk Kerajaan Negeri menyediakan sebidang tanah sesuai untuk tapak kolej ini. Beliau berharap agar anak bangsa #KeluargaMalaysia yang keluar dari Kolej Komuniti ini akan membina masa depan lebih cemerlang untuk negeri Pahang dan negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility