Sesi Jelajah #Bajet2022 di Pulau Pinang

Sesi Jelajah #Bajet2022 di Pulau Pinang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi jelajah #Bajet2022 ke Pulau Pinang bersama #TeamMOF. Lawatan pertama beliau adalah ke kilang Intel Corporation Malaysia. Turut bersama adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato’ Asri Hamidon.⠀⠀

Kilang tersebut telah ditubuhkan pada tahun 1972 dan merupakan tapak kilang pertama Intel di luar Amerika Syarikat. Bermula dengan 100 pekerja, kini Intel Malaysia menggaji hampir 12,000 rakyat Malaysia dengan hampir 5,000 daripada mereka adalah latar belakang kejuruteraan.⠀ ⠀⠀

Beliau juga berkesempatan untuk melawat pekarangan pusat pemasangan dan fabrikasi. Semua produk teknologi sebegini memerlukan kepakaran dan di sini merupakan fokus Kerajaan dalam memastikan Malaysia dapat terus menyumbang tenaga kerja pakar dan menarik minat pelabur asing. ⠀⠀

Selain daripada usaha meningkatkan penggunaan teknologi menerusi geran dan pembiayaan pendigitalan, Kerajaan juga telah memperuntukkan RM6 bilion di bawah #Belanjawan2021 untuk memperkasa dan menggalakkan pendidikan TVET dalam kalangan #KeluargaMalaysia dan memastikan penyaluran bakat ke dalam industri dapat dipertingkatkan.