Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Jelajah Belanjawan 2026 bersama MDEC

Sesi Jelajah Belanjawan 2026 bersama MDEC

Sesi Jelajah Belanjawan 2026 yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara telah diadakan di pejabat Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan pejabat Monsta Studios di Cyberjaya, Selangor.

Sesi ini diadakan dengan kerjasama strategik daripada MDEC. Delegasi Kementerian Kewangan turut dihadiri wakil-wakil daripada Pejabat Belanjawan Negara dan Bahagian Cukai serta barisan Pasukan Jelajah Belanjawan 2026.

Satu sesi libat urus juga diadakan bersama 11 wakil daripada pemain industri digital kreatif yang terdiri daripada animasi dan permainan digital membincangkan cabaran semasa, sokongan kewangan dan pembiayaan serta inisiatif pemasaran ke persada global. 

Delegasi turut mengadakan lawatan ke pejabat Monsta Studios yang telah mengharumkan nama Malaysia menerusi animasi ikonik negara seperti Mechamato dan Boboiboy.

#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility