Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Jelajah Belanjawan 2026 Di Melaka

Sesi Jelajah Belanjawan 2026 Di Melaka

Sesi Jelajah Belanjawan 2026 melabuhkan tirainya di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah diketuai oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Hotel Casa Del Rio, Melaka. 

Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. 

Program ini diadakan dengan kerjasama strategik daripada Kerajaan Negeri Melaka, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersempena Majlis Peluncuran World Tourism Day dan Visit Malaysia 2026 pada hari yang sama. 

Manakala, delegasi Kementerian Kewangan diwakili oleh YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, YBhg. Dato’ Hajah Norison Ramli, Setiausaha Perolehan Kerajaan dan barisan pasukan Jelajah Belanjawan 2026. 

Sesi libat urus turut diadakan bersama 12 wakil pemain industri pelancongan negara dan 20 wakil pemain industri pembuatan di Melaka sebagai platform penyampaian aspirasi rakyat dalam memperkasa ekosistem industri dengan menumpukan isu-isu strategik, cabaran semasa serta peluang baharu yang mampu mempergiat promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dan memperkukuh pelaburan sektor bernilai tinggi, bertempatan dengan aspirasi Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility