Sesi Jelajah Belanjawan 2026 ke Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya, diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara dengan kerjasama strategik daripada Unit Perancang Negeri (UPEN) Negeri Sembilan. Delegasi Kementerian Kewangan turut diwakili Encik Zulkhairil Amar Mohamad, Timbalan Pengarah Belanjawan Negara dan barisan Pasukan Jelajah Belanjawan 2026.
Sesi dimulakan dengan perbincangan cadangan inisiatif Belanjawan 2026 bertempat di Wisma Negeri, Negeri Sembilan dengan dihadiri YB Dato’ Mohd Zafir Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; YB Dato' Masri Hj. Razali, Pegawai Kewangan Negeri; YBrs. Dr. Arwan Sabri, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN serta barisan pegawai daripada Kerajaan Negeri Sembilan.
Program ini diteruskan dengan lawatan tapak bagi melihat kemajuan semasa Parcel A, B dan C di bawah Projek Malaysia Vision Valley (MVV) 2.0 yang menjadi pembangunan industri ikonik Negeri Sembilan di bawah NS Corporation. Taklimat diadakan oleh wakil-wakil pemaju seperti Eco World Development Group Berhad bagi Projek Eco Business Park VI, Matrix Concepts Holdings Berhad bagi Projek MVV City dan Sime Darby Property bagi Projek Hamilton Industrial Park.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI