Sesi Jelajah Belanjawan 2026 ke Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya, diketuai oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan dengan kerjasama strategik Unit Perancang Negeri (UPEN) Melaka.
Delegasi Kementerian Kewangan turut diwakili YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), wakil Pejabat Belanjawan Negara (NBO) dan barisan Pasukan Jelajah Belanjawan 2026.
Sesi dimulakan dengan perbincangan cadangan inisiatif Belanjawan 2026 bertempat di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka dengan dihadiri YB Datuk Wira Azhar Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan pucuk kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri.
Program ini diteruskan dengan lawatan ke kilang makanan Mamee Sdn. Bhd sebagai peluang pendedahan dan pengetahuan mengenai pemprosesan dan pengilangan produk tempatan. Pada ketika ini, Mamee sedang mengukuhkan jenamanya sebagai produk anak watan berstatus halal dan bertaraf antarabangsa.
Selanjutnya, sesi libat urus bersama usahawan halal tempatan diadakan di Melaka Halal Hub dihadiri oleh 35 orang wakil pemain industri khusus bagi membincangkan isu-isu strategik, cabaran semasa serta peluang baharu yang mampu memperkukuh daya saing keusahawan halal negara, selaras dengan aspirasi Belanjawan 2026. Sesi ini turut diserikan dengan pameran, demonstrasi produk-produk halal tempatan yang telah berjaya dihasilkan dan mencipta nama di arena perindustrian global.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI