Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Jelajah Program Penunaian STR & SARA Di Semporna, Sabah

Sesi Jelajah Program Penunaian STR & SARA Di Semporna, Sabah

Kementerian Kewangan (MOF) melaksanakan sesi terakhir bagi Jelajah Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Semporna, Sabah.

Seramai 3,300 penerima yang tidak mempunyai akaun bank dari kawasan sekitar Semporna iaitu Pulau Bum Bum, Pulau Larapan dan kawasan pulau berdekatan telah menerima pembayaran STR secara tunai dalam program kali ini.

YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), MOF turut hadir di Dewan SK Balimbang, Semporna bagi memantau pelaksanaan program. Sesi kali ini turut disertai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbendaharaan Malaysia Sabah, Pejabat Daerah Semporna dan Yayasan MyKasih.

Agihan STR ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan yang memberi keutamaan kepada rakyat berpendapatan rendah. Senarai penerima pula telah dikenalpasti berdasarkan maklumat yang disahkan melalui pangkalan data STR, eKasih dan agensi kerajaan berkaitan.

MOF juga membawakan Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah untuk mengadakan Program Jualan Rahmah bagi membolehkan penduduk membeli barangan keperluan asas mereka menggunakan MyKad masing-masing.

Program ini bukan sahaja meringankan beban kewangan rakyat, malah memperkukuh usaha kerajaan dalam memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan — tanpa mengira lokasi dan tahap capaian infrastruktur.

Secara keseluruhan, MOF telah mengadakan program penunaian STR di 60 lokasi seluruh Malaysia dengan lebih 46,568 penerima menerima manfaat kemudahan akses kepada bantuan tersebut, melibatkan peruntukan sebanyak RM52.7 juta.

Arkib Foto

Logo Accessibility