Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri di JPM (Ekonomi)

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri di JPM (Ekonomi)

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) untuk membincangkan input dan cadangan yang boleh diterapkan dalam #Bajet2022. ⠀

Seperti tahun lepas juga, fokus Kerajaan tertumpu kepada pemulihan ekonomi yang akan mensejahterakan #KeluargaMalaysia. Ini termasuklah mempercepat projek pembangunan mesra rakyat dan langkah-langkah ekonomi yang membangun modal insan serta memperkasa sektor perniagaan tempatan. ⠀

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Menteri dan delegasi atas input yang diberi, #TeamMOF akan meneliti cadangan-cadangan yang dibentang. ⠀