Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama Khazanah Nasional Bhd

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama Khazanah Nasional Bhd

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi konsultasi #Bajet2022 bersama Khazanah Nasional Bhd secara maya.

Menerusi sesi perbincangan bersama Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Kerajaan bukan sahaja dapat merangka insiatif yang mampu memulih semula ekonomi negara, malah dapat menerapkan langkah-langkah yang mempertingkatkan lagi kualiti modal insan menerusi pelaburan dengan pulangan berimpak tinggi kepada rakyat dalam segi sosial dan kehidupan.

Usaha memperkasa peranan GLIC ini telah dimulakan di bawah #Belanjawan2021, di mana Kerajaan melaksanakan beberapa inisiatif seperti MySTEP, iaitu mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan di GLIC, RM100 juta geran padanan untuk memperkasa NGO, dan RM25 juta untuk Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN).

Beliau berharap menerusi sesi konsultasi berterusan ini, Kerajaan dan pihak GLIC dapat terus merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang boleh memperkasa rakyat, terutamanya mereka yang amat memerlukan.

Arkib Foto

Logo Accessibility