Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama Parti Pakatan Harapan

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama Parti Pakatan Harapan

Mendukung pendekatan ‘Whole-of-Nation’, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama wakil-wakil Parti Pakatan Harapan untuk membincangkan input #Bajet2022.

Sesi konsultasi bersama parti pembangkang sebegini telah mula dilaksanakan sejak 2020, seperti sesi konsultasi untuk #Belanjawan2021 dan Pelan Pemulihan Negara, sebagai tanda keterbukaan Kerajaan mendengar dan meneliti cadangan semua pihak tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua wakil Parti Pakatan Harapan yang hadir. #TeamMOF amat menghargai kehadiran dan segala input yang diberikan. Pertemuan sebegini pastinya hanya permulaan perbincangan lanjut untuk memperhalusi cadangan yang dikemukakan. Sifat keterbukaan di antara pihak Kerajaan dan pembangkang akan membawa kepada kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility