Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama PEMUDAH

Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama PEMUDAH

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi konsultasi #Bajet2022 bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) secara maya bagi membincangkan langkah untuk memudah cara ekosistem perniagaan di Malaysia.

Seperti dalam #Belanjawan2021, Kerajaan peka dengan cabaran sektor perniagaan dalam menghadapi COVID-19 dan telah memperkenalkan beberapa inisiatif seperti insentif cukai, program subsidi upah, skim pinjaman mudah dan lain-lain lagi. Semua ini adalah demi memastikan kelangsungan perniagaan di semua tahap, dari yang besar sehingga yang kecil.

Dalam #Bajet2022, Kerajaan akan fokus kepada pemulihan dana untuk membina ketahanan ekosistem perniagaan yang lebih berimpak tinggi, selaras dengan matlamat belanjawan iaitu Recovery, Reform, Resilience. ⠀
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang hadir pada sesi tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan untuk perniagaan, orang ramai boleh layari di laman sesawang seperti berikut:

belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/

Arkib Foto

Logo Accessibility