Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama Wakil-wakil Sektor Peruncitan

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama Wakil-wakil Sektor Peruncitan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi konsultasi #Bajet2022 bersama wakil-wakil sektor peruncitan secara maya.

Sektor ini adalah antara yang sektor paling terjejas sewaktu pandemik dan pemulihan harus disegerakan, bukan sahaja demi meningkatkan daya tahan ekonomi negara, malah juga demi kelangsungan hidup mereka yang bekerja di dalam sektor ini.

Sejak pandemik bermula, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana buat para peniaga, sebagai contoh, RM12.36 bilion pinjaman mudah disalurkan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) dan lebih RM82.27 juta dalam bentuk geran dan pinjaman mudah bagi usaha pendigitalan. Kerajaan juga telah membuka sektor ekonomi semula secara berperingkat, dengan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat bagi memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan selamat.

Langkah-langkah yang diambil Kerajaan adalah berdasarkan sains dan data semasa, serta input daripada pelbagai pihak. Menerusi sesi konsultasi berterusan, MOF akan merangka pelan yang menjamin kelangsungan perniagaan dalam #Bajet2022.

Untuk sebarang input atau cadangan bagi #Bajet2022, orang ramai boleh layari di laman sesawang: budget.mof.gov.my